Prune Cake
Prune cake ni adalah kek pertama yang kami buat dan jual suatu ketika dulu sebelum kami mempelbagaikan kek kami seperti sekarang. Kami juga mula dikenali kerana keenakkan dan kelembutan prune cake kami. Prune Cake ini telah mendapat permintaan yang tinggi terutama sekali apabila tiba musim perayaan. Ada yang ingin bawa pulang ke kampung, ada yang ingin makan di pagi raya bersama keluarga. Kek ini sememangnya sangat sesuai dimakan bersama keluarga di waktu santai. Juga boleh dijadikan sebagai menu minum petang. Di waktu raya prune cake ini antara menu yang wajib ada di rumah kami. Tetamu yang datang pasti akan mencari prune cake ini. Alhamdulillah prune cake juga akan menjadi kek pertama yang habis.
Apa yang menjadikan prune cake ini lain daripada kek yang lain. Prune Cake adalah sejenis kek kukus yang menggunakan horlicks dan sunsweet prune sebagai bahan utama. Prune cake ini boleh didapati sama ada yang belum dipotong ataupun yang telah dipotong. kami juga ada menjual prune cake di dalam pack yang kecil mungkin boleh dijadikan pack percubaan untuk anda yang baru ingin merasai kek prune terbaik dari kami ini.
Jika mengikut pada resepi asal yang kami dapat, rasanya memang agak sedikit manis. Tetapi memandangkan kami sekeluarga tidak sukakan sesuatu yang terlalu manis, kami telah kurangkan serba sedikit kuantiti, susu, horlicks dan sebagainya supaya rasa manisnya berkurang. Seperti biasa, kami tinggalkan resepi di bawah ini... Kepada sesiapa yang ingin mencuba, silalah mencuba rugi sekiranya anda tidak merasai prune cake terbaik dari kami ini. Insyaallah prune cake ini akan sentiasa berada di kedai, sekiranya anda berada berhampiran dengan kawasan kedai kami bolehlah datang dan merasai keenakkan kek kami. Kalau yang berada di luar kawasan Pulau Pinang, dan teringin untuk merasai kek ini dan tiada kesempatan masa untuk membuat sendiri boleh sahaja order secara online. Alhamdulillah sepanjang kami post prune cake ni kepada customers mereka akan dapat kek ni juga dalam keadaan yang cantik.
Prune Cake
Credit : Shanizan Herman
Bahan-bahan:-
437g butter
8 biji telur
300g susu manis
180g horlicks
200g tepung gandum
150g gula halus
12 biji buah prune (dicincang halus)
Cara-cara:-
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
3. Kacau hingga sebati dan masukkan susu serta horlicks
4. Kemudian masukkan prune yang telah dicincang
5. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata
6. Sapu acuan dengan butter
7. Tuang adunan dalam acuan.
8. Tutup dengan plastic sebelum dikukus.
9. Kukus selama 3 jam lebih.
Selamat Mencuba ya !!

Moss Cake
Moss cake atau dalam bahasa melayunya 'Kek Lumut'. Kek Lumut merupakan antara kek kukus Sarawak yang wajib dicuba. Rasanya sangat sedap sehingga menjadikan kebanyakkan regular customers kami 'ketagih' untuk menikmati kek ini. Ramai juga yang tidak berani menjamah kek ini pada mulanya kerana warna dan nama kek ini sendiri 'moss'. Jangan salah sangka, kek ini tidak lansung menggunakan lumut sebagai bahannya. Menggunakan nama 'moss' hanya kerana warna hijaunya. Resepi ini kalau tidak salah kami dapati dari internet tetapi telah diolah sedikit oleh kami untuk menjadikan moss cake ini lebih menarik dan sedap.
Moss Cake menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan halal. Bahan utama bagi moss cake yang membezakan moss cake dengan cake yang lain ialah sekaya, horlicks, susu manis dan sedikit pewarna hijau untuk menjadikan moss cake itu bewarna hijau. Jika dilihat dari bahan-bahan yang digunakan pasti ramai sudah tahu rasanya pasti sedikit manis. Tidak dinafikan percubaan pertama kami menghasilkan kek ini ia sedikit manis. Tetapi untuk kali kedua penghasilan kek ini rasa manisnya telah kami kurangkan dengan mengurangkan serba sedikit kuantiti yang digunakan oleh resepi asalnya. Alhamdulillah kini kek lumut kami telah diterima orang ramai dan menyukainya kerana rasanya yang tidak terlalu manis. Setiap kek yang kami hasilkan kami akan pastikan rasanya tidak terlalu manis dan sesuai untuk dimakan oleh semua golongan usia.
Kami juga ada menjual di dalam pack kecil sekiranya anda berminat untuk mendapatkan di dalam pack kecil mungkin untuk dimakan sendiri atau mungkin juga untuk dibawa travel pulang ke kampung dan sebagainya.
Dibawah kami nyatakan resepi bagi kek lumut/moss cake. Kalau anda semua masih kurang yakin untuk merasa kek lumut ini bolehlah anda semua melihat bahan-bahan dan cara-cara kami menghasilkan kek lumut. Bagi yang suka membaking boleh mencuba membuat kek ini sendiri dan merasai keenakkannya sendiri.
Moss Cake/Kek Lumut
Bahan-bahan:-
4 biji telur
218g buttercup
75g gula caster
90g horlicks
150g susu pekat manis
100g tepung gandum
2 ½ sb sekaya
1 sk esen vanilla
4sk pewarna hijau
Cara-cara:-
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
3. Kacau hingga sebati dan masukkan susu serta horlicks
4. Kemudian masukkan esen vanilla dan sekaya

Moss Layer Cheese
Moss layer cheese atau juga dikenali sebagai lumut layer cheese. Untuk kek ini kami telah gabungkan 1/2kg resepi moss cake dan 1/4kg resepi cheese cake. Kenapa kami menggunakan 1/4kg daripada resepi asal cheese cake kami kerana pada percubaan pertama sememangnya kami menggunkan 1/2kg resepi cheese cake tetapi jumlah cheese cake yang kami dapat melebihi moss cake menjadikan cheese cake di tengah lebih tebal daripada moss cake. Untuk yang gemarkan cheese cake dan mahukan rasa cheese cake melebihi moss cake boleh sahaja menggunakan 1/2kg resepi cheese cake.
Walaubagaimanapun kami lebih gemarkan rasa yang seimbang dimana moss cake dan chees cake adalah sama banyak. Cake ini juga mendapat permintaan daripada penggemar moss cake. Bagi peminat moss cake sememangnya wajib untuk cuba moss layer cheese daripada kami yang lazat ini.
Di Keens Delectare terdapat dua jenis moss layer cheese cake... Sama ada moss layer cheese cake atau moss layer cream cheese. Seperti biasa, untuk cream topping anda mempunyai pilihan sama ada mahukan cream cheese atau buttercream. Kebiasaanya kami sememangnya menggabungkan dengan cream cheese untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan berkrim.
Jika ada yang masih tidak berani untuk mecuba moss layer cheese, anda boleh juga dapatkan di dalam pack yang kecil. Insyaallah di tahun 2016 kami akan menjual moss layer cheese di dalam small pack. Rasa moss layer cheese ini Insyaallah akan menepati citarasa anda semua. Untuk yang nak cuba baking di rumah bolehlah cuba buat kerana seperti biasa kami tinggalkan resepi di bawah ini.
Lumut Layer Cheese
Lumut
Bahan-bahan:-
3 biji telur
163g buttercup
55g gula castor
67g horlicks
112g susu manis
75g tepung gandum
1 ½ sb sekaya
1 st esen vanilla
3 st pewarna hijau
Cheese
Bahan-bahan:-
125g cream cheese
40g gula caster
1biji telur
¼ st esen vanilla
¼ st oren sunquick
7g tepung gandum
25g krim putar

Chocolate Moist Cake
Chocolate Moist Cake atau dalam bahasa melayunya Kek Coklat Lembab adalah antara kek yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan. Kami menjual pelbagai jenis Chocolate Cake seperti chocolate moist, chocolate moist cream cheese, chocolate moist butter cream, chocolate moist fondant. Harga yang dikenakan bergantung kepada jenis kek, jenis deco dan berat. Di bawah ini kami kongsi resepi yang kami gunakan untuk membuat chocolate moist kami. Jadi kepada sesiapa yang berada jauh dari kedai kami tetapi teringin untuk menikmati kek kami anda bolehla cuba membuatnya sendiri di rumah.
Chocolate Moist
credit : myresepi.com.my
Bahan-bahan:-
Kek
200g tepung gandum
50g serbuk koko
2sk baking powder
500ml susu kotak coklat (4 sudu besar digunakan untuk topping)
4 biji telur
300g gula halus
187g cawan butter
6sb susu pekat
40g minyak masak
1st esen vanilla
Topping
7 sb susu pekat
30g cawan serbuk koko
4sb butter
4 sudu besar susu segar/ susu coklat

Cheese Cake
Kebanyakkan cheese cake yang dijual di kedai-kedai tidak dibakar menjadikan rasanya sedikit muak dengan rasa cheese. Kerana itu kami menghasilkan Cheese Cake Bakar dimana rasa muaknya sedikit berkurangan daripada yang tidak dibakar. Produk yang kami gunakan semestinya halal. Salah satu faktor lain kami tidak menghasilkan non-baked cheese cake adalah gelatin yang halal sukar untuk didapatkan. Ramai pelanggan kami yang lebih gemarkan Cheese Cake bakar ini daripada non-baked cheese cake. Macam biasa topping cheese cake ni boleh letak macam-macam. Tapi yang selalu kami buat dan mendapat permintaan adalah strawberry, blueberry dan chocolate. Sekarang ni pulak ada mango cheesecake... Ada jugak yang request nak tambah taburan chocolate dekat atas chocolate topping tu... Sebenarnya kalau ikutkan topping cheese cake ni bergantung kepada kreativiti kita sendiri.
Kepada sesiapa yang nak cuba cheese cake bakar kami ni tapi berada di luar kawasan pulau pinang dan taknak post sbb takut akan keadaan kek ni boleh cuba try baked sendiri okey? Nnt bila anda datang area penang bolehlah datang kedai kami dan rasa yang kami punya pulak... Kami akan tinggalkan kat bawah ni resepi yang kami gunakan untuk cheese cake kami... So far ramai pelanggan kami cakap rasanya kurang muak dan kanak-kanak pun suka cheese cake ni... ada yang siap boleh makan dua tiga slice sekaligus.
Cheese Cake
Credit: majalah jelita
Bahan-bahan:-
Cake
500g cream cheese
110g gula caster
4 biji telur (2 biji putih telur diasingkan)
1 st esen vanilla
1 sb perahan oren
30g tepung gandum
100g whipping cream
50g gula caster
Base
50g mentega dicairkan
20 keping biskut marie dihancurkan
Cara-cara:-
1. Campurkan kedua-dua bahan dan mampatkan di dalam loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam.
2. Pukul cream cheese dan gula caster hingga gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (kecuali dua biji putih telur yang telah diasingkan)
4. Masukkan esen vanilla, perahan oren, tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan krim putar, pukul hingga pekat sedikit dan ketepikan.
6. Pukul putih telur yang telah diasingkan bersama gula halus (50g) hingga kembang
7. Masukkan adunan putih telur di dalam adunan tepung. Kaup balik perlahan-lahan.
8. Bakar selama 2 jam.
Selamat Mencuba ya !!
Marble Choc Cheese
Resepi marble choc cheese ini kami dapat ketika berjalan-jalan di blog azlita masam manis. Setelah kami mencubanya, rasanya memang sedap dan memuaskan hati. Bagi peminat chocolate cake anda memang wajib cuba marble choc cheese ini... Rasa chocolate yang ditambah dengan keenakkan rasa cheese memang sedap!
Bagi yang belum pernah cuba membuat cake ini anda patut mencubanya. Boleh dinikmati bersama keluarga, anak-anak dan adik-adik pasti suka menikmati kek yang sedap ini.
Selamat mencuba!
Marble Choc Cheese Cake
Credit : azlita masam manis
Bahan-bahan:-
Bahan A
250g mentega
260g gula caster
5 biji telur
50g serbuk koko
240g tepung gandum
2 sk baking powder
1 sk pewarna coklat/coklat emulco
50ml susu cair
Bahan B
250g cream cheese
3sb gula caster
1 sk esen vanilla
1 biji telur
Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih
3.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit dmi sedikit, berselang seli dengan susu cair hingga habis.
5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanilla dan gula. Putar hingga sebati.
7. Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis
10.Tuangkan baki adunan coklat (akhir) dan ratakan
11. Bakar selama 1 jam 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

Choc Cheese Cake
Choc Cheese Cake ini mempunyai resepi yang hampir sama dengan marble choc cheese. Bahagian bawah adalah chocolate cake dan bahagian atas adalah cheese cake. Untuk peminat cake especially cheese cake dengan chocolate cake memang wajib cuba kek ni selain marble choc cheese cake.
Memang rasa yang sedap. Untuk resepi kek ini, kami hanya gabungkan resepi chocolate moist dan cheese cake kami. Kek ini boleh dibakar/dikukus tetapi mesti dibuat satu demi satu layer. Bagi yang berminat bolehlah mencuba di rumah. Selamat mencuba!
Choc Chees Cake
Bahan-bahan:-
Chocolate Cake
Credit : myresepi.com.my
100g tepung gandum
25g serbuk koko
1 st baking powder
250ml susu coklat
2 biji telur
150g gula halus
93g buttercup
20g susu pekat
20g minyak masak
½ st esen vanilla
Cheese Cake
Credit : majalah jelita
250g cream cheese
55g gula caster
2 biji telur (1 buji putih telur diasingkan)
½ st esen vanilla
½ st perahan oren
15g tepung gandum
50g whipping cream
25g gula caster

Red Velvet
Red Velvet Cake ni kami sering mendapat tempahan terutamanya ketika menyambut hari-hari istimewa sebagai contoh majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan tidak dilupakan sambutan hari lahir insan tersayang. Untuk deco red velvet cake ni anda boleh request mahukan deco yang bagaimana... boleh pilih berdasarkan deco2 yang pernah kami hasilkan atau boleh juga suarakan deco anda sendiri... Insyaallah jika kami akan cuba buat yang terbaik untuk anda semua. Red velvet ini juga kami akan deco menggunakan cream cheese.
Macam prue dan moss cake, red velvet cake ini juga boleh didapati di dalam pack yang kecil. Mudah jika anda ingin menikmatinya mungkin ketika berada di luar kerana pack kecil kami akan letakkan red velvet cake ini di dalam tuppaware.
Kalau anda semua nak cuba red velvet kami ni rasa macam mana tapi anda berada luar dari negeri pulau pinang jangan risau nnt kat bawah ni macam biasa kami akan share resepi yang kami guna untuk buat kek ni... Untuk kakak-kakak yang memang hobi membaking tunggu apa lagi? Kami share resepi ni esok kalau bosan-bosan boleh terus buat. Kalau esok ka lusa ka minggu depan ka birthday orang-orang istimewa dalam hidup nak buat suprise pun takdak masalah boleh try buat kek ni...Resepi yang kami gunakan ini telah kami kurangkan rasa manisnya. Kalau kakak-kakak semua suka manis bolehla tambah sikit sukatan tu...
Red Velvet
Credit : Ika
Bahan-bahan
Bahan A (diayak)
250g tepung superfine/tepung gandum
1tsp baking powder
½ tsp garam
2tsp cocoa powder
Bahan B (kacau dan gaul sebati)
240ml buttermilk@ 1 kotak susu full cream/fresh milk + 1tsp lemon/cuka
2tbsp pewarna merah
Bahan C
113g buttercup
270 gula castor
2 biji telur
1tsp esen vanilla
Bahan D (Campur dan masukkan di dalam adunan dan pukul)
1tsp cuka masakan/apple vinegar
1tsp soda bikarbonat
Topping
250g cream cheese
125g mascarpone
1tsp esen vanilla
60g gula icing
300ml whipped cream
Cara-cara
Bahan C – Pukul butter hingga lembut. Masukkan gula dan pukul sehingga putih.
Masukkan telur dan pukul hingga kembang (high speed)
Masukkan bahan A diselang seli bersama Bahan B (medium speed – high speed)(1min)
Masukkan bahan D
Masak selama 30minit dan masak pada suhu 175C (jangan bakar pada suhu yang tinggi untuk mengelakkan kek merekah)
Topping
Pukul whipped cream sehingga kembang dan letak di dalam peti sejuk.
Dalam bekas yang lain, pukul cream cheese dan mascarpone dalam 5min
Masukkan gula ising dan esen vanilla.
Campurkan whipped cream dan pukul seketika
Potong kek kepada tiga bahagian kemudian layerkan kek dengan topping.

Cupcakes
Cupcakes dari kami Alhamdulillah banyak jugak mendapat permintaan di kalangan pelanggan terutama untuk sebarang majlis seperti majlis pertunangan, majlis hari jadi, majlis rumah terbuka dan apa sahaja majlis. Kalau sebelum ini kami hanya menyediakan cupcakes chocolate tapi insyaallah sekarang ada juga cupcakes vanilla... Kalau anda ada permintaan yang lain boleh suarakan kepada kami...
Untuk cupcakes kami hanya menggunakan resepi-resepi seperti kek yang lain hanya disediakan di dalam cup yang bersaiz kecil. Untuk cup kami sediakan daripada cup bersaiz S dan L... Kebiasaanya kami akan menyediakan di dalam cup bersaiz M. Harga cupcakes ini juga bergantung kepada saiz cup. Untuk anda yang mungkin mahu membuat pesanan dengan kuantiti yang banyak jangan risau, anda pasti mendapat harga istimewa...
Mungkin apa yang kami boleh kongsikan untuk resepi cupcakes adalah daripada segi cream yang digunakan. Kalau anda semua perasaan, kebanyakkan kedai di luar yang menjual cupcakes akan menggunakan buttercream sebagai topping. Tetapi memandangkan ramai customers kami yang tidak berapa gemar akan buttercream kerana rasanya yang manis, maka kami menggunakan cream cheese frosting sebagai topping cake kami.
Apa yang membezakan buttercream dan cream cheese frosting. Jika buttercream lebih manis dengan rasa gula, creamcheese frosting pula texture sedikit liat dan warnanya sedikit kekuning-kuningan. Rasanya juga ada sedikit masam. Ramai kanak-kanak lebih gemarkan cream cheese berbanding butter cream tetapi ada jugak sebaliknya... Bagaimana pula citarasa tekak anda? Lebih gemarkan buttercream atau cream cheese? Kebanyakkan cake di Keens Delectare sememangnya kami menggunakan cream cheese. Kami hanya akan menggunakan buttercream sekiranya permintaan daripada pelanggan itu sendiri.
Bagi anda yang selama ini, deco cake menggunakan butter cheese apa kata kali ini anda tukar sedikit kebiasaan itu kepada cream cheese... Mana tahu citarasa anda mungkin lebih gemarkan cream cheese? Mungkin boleh cuba untuk dimakan bersama keluarga? Mana tahu anak-anak anda lebih suka menikmati cake bersama cream cheese... Di bawah kami tinggalkan resepi yang kami gunakan untuk anda cuba buat di rumah... Bahan-bahan yang digunakan hanya sedikit dan cara-cara membuatnya juga amat mudah.
Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan:-
360g cream cheese
70g mentega
200g gula icing

Butter Cake
Vanilla Cake
Credit :Azlita Masam Manis
Bahan-bahan:-
5 biji telur
200g minyak masak
300g susu pekat manis
160g gula kastor
300g tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalett
1 st esen vanilla
Cara-cara:-
1. Pukul gula, telur, ovalett hingga kembang.
2. Masukkan susu manis dan teruskan pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Bakar selama 1jam 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
6. Sejukkan

Blueberry Cake
Blueberry Cake atau kek minyak blueberry. Kek ini banyak jugak mendapat permintaan di kalangan pelanggan kami. Alhamdulillah setelah mencuba akhirnya kami dapat resepi yang sangat memuaskan hati kami dari blog masam manis kak ita. Bnyak juga sebenarnya resepi yang kami ambil dari blog kak ita pada asalnya tetapi kemudian diolah sedikit oleh kami.
Kalau ikutkan asalnya kami tak berapa berminat untuk menjual kek minyak ni, tetapi alhamdulillah rezeki bnyak pulak masa tu yang request nak kek minyak ditambah pulak kami ada menjual snowy cheese cake. Sebab tak nak kecewakan pelanggan-pelanggan kami dan nak perbaiki snowy cheese kami, kami cuba cari resepi terbaik untuk berikan kepada anda semua dan masa tulah terjumpa dengan resepi dari kak ita ni. Resepi yang kami ambil dari kak ita adalah resepi vanilla cake.
Memandangkan ada jugak yang nak blueberry cake masa tu jadi kami hanya gunakan resepi vanilla cake kak ita tu dan lapiskan dengan blueberry...
Apa yang membezakan resepi yang kami ambil dari kak ita ni dengan yang lain... alhamdulillah lepas kami cuba memang hasilnya lebih memuaskan hati. Texture yang lebih lembut dan rasa yang lebih lazat. Customers pun banyak yang suka dengan blueberry cake ni... So kalau terliur teringin tu apa tunggu lagi cepatlah order dngan kami... Whatsapp, telegram, pm, dm semua boleh kami terima... :)
Blueberry Cake
Credit :Azlita Masam Manis
Bahan-bahan:-
5 biji telur
200g minyak masak
300g susu pekat manis
160g gula kastor
300g tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalett
1 st esen vanilla
Blueberry filling
Cara-cara:-
1. Pukul gula, telur, ovalett hingga kembang.
2. Masukkan susu manis dan teruskan pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Bakar selama 1jam 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
6. Sejukkan
7. Potong kek kepada beberapa bahagian dan layerkan bersama blueberry filling

Victoria Sandwich
Victoria Sandwich antara kek yang mendapat permintaan ramai. Victoria Sandwich ini sebenarnya telah popular sejak beberapa tahun yang lalu... kalau tidak salah sekitar tahun 2010 atau 2011... Memang mendapat sambutan yang meletup-letup jugaklah ketika itu. Ramai juga ketika itu yang berlumba-lumba untuk mencuba resepi ini sama ada untuk dijual atau sebaliknya. Kalau ada resepi baru, pasti ramai yang akan berlumba-lumba untuk mencuba dan memberikan feedback bagi setiap resepi.
Untuk resepi kek vanilla, kami menggunakan resepi daripada blog masam manis kak ita. Kami sememangnya gemar mencari resepi di dalam blog kak ita, tetapi seperti biasa kami pasti akan mengubah suai sedikit resepi asalnya mengikut keselesaan kami. Resepi vanilla cake yang digunakan untuk Victoria sandwich ini adalah sama seperti resepi vanilla cake yang kami kongsikan di atas tadi.
Jika megikut resepi asal Victoria sandwich ini sendiri, sukatan bahan yang digunakan adalah sama banyak seperti gula tepung dan butter digunakan dalam kuantiti yang sama banyak. Keknya juga tidak menggunakan cecair melainkan telur menjadikan adunan lebih pekat dan kek lebih padat dan keras. Jadi ramai yang telah mengolah resepi asal Victoria sandwich itu sendiri supaya menepati tekak orang Malaysia...
Untuk Victoria sandwich dari Keens Delectare, kami layerkan bersama cream cheese. Ada juga yang layer dengan buttercream tetapi kami lebih suka layerkan dengan cream cheese kerana rasanya yang lebih sedap.
Victoria Sandwich Cake
Credit : Azlita
Kek Vanilla
Bahan-bahan:-
5 biji telur
200g minyak masak
300g susu pekat manis
160g gula kastor
300g tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalett
1 st esen vanilla
Cara-cara:-
1. Pukul gula, telur, ovalett hingga kembang.
2. Masukkan susu manis dan teruskan pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Bakar selama 1jam 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
6. Sejukkan
7. Potong kek kepada dua bahagian

Snowy Cheese
Snowy cheese ini sudah lama popular di kalangan blogger malah sudah ramai yang mencubanya dan menjadikan sebagai perniagaan. Ketika mula-mula kek ini meletup-meletup kami tidak berkesempatan untuk mencubanya akibat kekangan masa kerana ketika itu kami hanya membuat perniagaan ini secara sampingan. Setelah membuat perniagaan ini secara kekal barulah kami mempunyai masa untuk mencuba resepi kek ini.
Asalnya resepi ini kami dapat daripada seorang rakan tetapi kemudian seperti kebiasaannya kami mengolah sedikit resepi itu. Untuk kek vanilla, kami masih menggunakan resepi vanilla kek seperti yang dikongsi di atas sebelum ini. Kebanyakkan kek vanilla sememangnya kami akan menggunakan resepi dari kak ita tersebut kerana texturenya yang lebih lembut dan gebu. Terima kasih untuk kak ita yang gemar berkongsi resepi. Untuk topping kami masih mengekalkan menggunkan resepi daripada sahabat kita, sue. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.
Rasa cheesenya yang enak digabung dengan vanilla cake sememangnya yummy... Jika di kedai kami turut menjual di dalam pack kecil dimana sememangnya ramai peminat. Sekejap sahaja boleh habis licin. Mana tidaknya yang datang membelinya bukan hanya satu pack kecil tapi ada yang melebihi dua pack sekali beli. Seperti biasa anda boleh membuat percubaan di rumah mungkin sebagai minum petang.
Snowy Cheese (1kg)
Credit :Sue dan Azlita
Kek Vanilla
Bahan-bahan:-
5 biji telur
200g minyak masak
300g susu pekat manis
160g gula kastor
300g tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalett
1 st esen vanilla
Cara-cara:-
1. Pukul gula, telur, ovalett hingga kembang.
2. Masukkan susu manis dan teruskan pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Bakar selama 1jam 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
6. Biarkan kek sejuk seketika.
7. Potong kek kepada dua bahagian
Topping
500g cream cheese
300g susu pekat manis
250g cheddar (diparut)

Fruit Cake
Setelah mendapat beberapa permintaan daripada pelanggan untuk kek buah barulah kami cuba menghasilkannya. Sememangnya apabila mahu mencari sesuatu resepi baru untuk dicuba, kami akan mencari di blog masam manis kak ita. Resepi yang dikongsi kak ita kebanyakkannya memang menjadi dan enak.
Mungkin salah satu faktor kami tidak pernah cuba dan berniat untuk membuat kek ini kerana di dalam keluarga kami tidak ada yang gemar makan kek buah. Entah kenapa tekak kami sememangnya tidak gemar akan kek buah. Tapi setelah bukak kedai dan mempunyai pelanggan sendiriri, permintaan pelanggan itu perlu diutamakan. Satu lagi kelemahan kek buah ini adalah perlu dikukus dalam waktu yang lama.
Aapabila kek ini siap dimasak, kami pun rasalah sedikit dan hasil yang berjaya. Rasa yang sedap enak dan tidak terlalu manis. Bagi penggemar kek buah boleh la cuba resepi ni pulak lepas ni. Sepotong itu sahaja memang tidak akan mencukupi bagi penggemar kek buah. Kalau anda tidak suka kek buah sebelum ini rasanya tidak salah untuk anda mencubanya. Kami yang tidak gemarkan kek buah ini juga boleh menikmatinya sebagai minum petang.
Kek ini juga sesuai untuk dibawa sebagai buah tangan ke rumah sahabat-sahabat, keluarga untuk dinikmati bersama.
Kalau tak nak buat sendiri bolehlah dapatkan di kedai kami. Kami ada menjual dalam kuantiti 500g. Untuk satu adunan ini, anda akan dapat 1.5kg... Jadi untuk sediakan pack 500g kami potong sahaja kek buah itu kepada tiga bahagian.
Kek buah kukus
Bahan A
300g gula halus
250g mentega
500g mix fruits
50ml air panas
Bahan B (diayak)
350g tepung gandum
2sk soda bikarbonat
1/2sk cream of tarta
1sk serbuk buah pala
Bahan C
1 st esen vanilla
3 biji telur
Cara-cara:-
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan. Biarkan ia mencair menjadi gula perang.
2. Bila gula dah cair, tuangkan air panas, Kacau rata.
3. Masukkan mentega
4. Kacau rata hingga mentega mencair
5. Masukkan buah-buahan kering Mixt Fruit.
6. Masak dan kacau sehingga ia meletup-letup kecil. Tutup api dan biarkan ia suam.
7. Setelah adunan bahan A menjadi suam, masukkan bahan B.
8. Kaup balik dengan spatula hingga bergaul sempurna. Buat hingga habis adunan tepung.
9. Kemudian masukkan esen vanilla
10. Dalam bekas lain putar telur hingga berbuih.
11. Tuangkan telur ke dalam adunan tepung dan buah-buah kering tadi. Gaul rata.
12. Tuang di dalam loyang yang di lapik baking paper dan di sapu mentega.
13. Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium. Kukus selama 4 jam.